Friday, March 13, 2015

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)

Assalamualaikum :)

Hello . The first 'hello' this year and after a year I'm writing back , so basically it's a comeback lah kot . So now , I'm not gonna write about what had happened after a year but straight to the point I'm gonna write and explain about SPA sebab ada yang bertanya. I am sure every one of you had at least heard about it once or twice but no one has ever get a clear picture of it . So, I am here to help you :)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam @ SPA ini merupakan sebuah portal kerajaan yang beroperasi untuk semua orang kalau nak mencari kerja dengan kerajaan yang mana fungsi SPA lebih kepada : 

1. Melantik penjawat awam 
2. Mengesahkan dalam perkhidmatan
3. Kemasukan ke dalam jawatan berpencen
4. Menaikkan pangkat
5. Menukar , dan
6. Menjalankan kawalan tatatertib

Secara kasarnya yang orang selalu faham , 'oh kau mohon SPA kalau kau nak dapat kerja dengan gomen(kerajaan)'

Faham ?

Ok.

Tapi apa yang orang kurang tahu or pasti or mungkin orang tahu cuma tak nak ambil tahu adalah , ada satu latihan bertaraf diploma yang juga disediakan dalam laman web SPA .

Cer buka www.spa.gov.my !

Kalian akan nampak ini ..



Nampak tak tu ? Terselit 'Separa Perubatan' atau dalam bahasa inggerisnya Paramedic . Jadi aku nak cerita pasal latihan latihan yang disediakan dalam tu , tapi aku cerita sikit je , yang lain cari sendiri . Ok.

TAPI.

Jangan terperanjat kalau orang cakap , 

"alah SPA ni untuk budak budak bodoh je , yang SPM tak pass , yang SPM takda A"

"alaa siapa masuk SPA ni mesti sebab tak dapat tawaran nak belajar kat asasi or tak dapat scholar, kesian"

Minta maaf aku cakap , zaman sekarang dah tak macam tu lagi sebab kriteria untuk dapat  panggilan and pass interview pon strict and ada je yang dah 3 4 kali interview baru dapat masuk. And even dalam class aku dulu , budak straight As ada beberapa orang , mostly budak yang dapat masuk matriks or asasi(termasuk aku) , budak MRSM , Budak SBP woi semua ada weh berlambak kat dalam ni . So jangan nak cakap budak bodoh je mohon SPA ni tahu . Aku tak nak berlagak , tapi result SPM aku power je . HAHAHAHA Kbye .

Ok.

Latihan Diploma untuk separa perubatan ini , sebenarnya merupakan TAJAAN PENUH oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga JPA if I am not mistaken . Tapi orang akan sentiasa ingat oh SPA . Pada aku , aku faham yang SPA ini merupakan medium untuk kita apply je . Gitu . Faham ?

Antara latihan yang disediakan ataupun course yang ada untuk latihan ini adalah :

1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
2. Latihan Jurupulih Perubatan (anggota)
3. Latihan Jurupulih Perubatan (cara kerja)
4. Latihan Jururawat
5. Latihan Jururawat Pergigian
7. Latihan Juruteknologi Pergigian
8. Latihan Juru X-ray
9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan (Medical Assistant)

Yang aku capslock tu saje je , itu apa yang aku belajar dulu so kalau nak tahu lebih lanjut click course aku tu ! Itu blog senior aku yang cerita pasal MLT sahaja tapi baca jelah kalau nak tahu , oh and sekarang aku dah kerja dah pon . Haaaa nak tahu apa rahsia aku kerja cepat ? Sebab contract untuk kita belajar diploma ini , habis latihan terus diserap dengan kerajaan (Kementerian Kesihatan Malaysia) selama 4 tahun . Means , habis belajar dalam sebulan dua dah dipanggil kerja , tak payah nak cari kerja . 

Aku share sikit kelayakan memohon under SPA ini , tapi ini general lah okay ?

Orang akan kata okay senang nak dapat ni , tapi serius jangan kata senang .


So dalam syarat tu kau baca sampai habis , tengok bahagian yang Latihan Bertaraf Diploma je tahu sebab ada juga Latihan Bertaraf Sijil dalam tu .

Dah habis baca pasal syarat dia ? Haaa mudah kan bila dibaca ? 

Kalau nak details syarat untuk setiap course pulak , kalian click je kat setiap course yang kalian berminat tu okay ? Baca dengan teliti .

Aku malas nak cerita pasal setiap course/latihan yang disediakan tu sebab banyak tapi kalian boleh google sendiri and bagi yang berminat nak apply untuk course aku , Medical Laboratory Technologist @ Juruteknologi Makmal Perubatan , boleh contact aku kat twitter , facebook or email .

Cukuplah sekadar kalian tahu wujudnya permohonan melalui SPA ini . 

Ok. 

Now , aku nak cerita pasal bayaran bayaran . Sebenarnya tadi aku ada higlight , tajaan penuh oleh KKM dan JPA . Pendekkan cerita , okay kalau kau diterima belajar , kau masuk je tak payah bayar apa apa (ada juga bayar sikit je sebab kita belum dapat biasiswa/allowance so bayar less than 200myr untuk pendaftaran,orientasi, penginapan dan sebagainya) , setiap bulan dia bagi duit makan yang kalau kau simpan , habis belajar dah boleh kahwin !

Yang penting kau tiada melanggar apa apa perjanjian dan peraturan serta tidak lari dari kolej dan sekiranya itu berlaku , penjamin perlu membayar ganti rugi sebanyak RM 110K jadi sayangi ibu bapa anda .

Secara umumnya , biasiswa yang KKM bagi untuk semua pelatih (kita tak panggil student sebenarnya , kita adalah trainee/pelatih) adalah sebanyak :

RM 835.57 sebulan ! Untuk kau makan dan simpan . Kau darab dengan 3 tahun kau belajar . Sebab apa ? Sebab macam ni , satu semester 5 bulan (Jan-May/July-November) selang 1 bulan cuti sem (Jun/Dis) . Kau kira lah sendiri , cuti sem pon dia bagi duit weh . Itu dia tak tambah lagi elaun perkakas , buku , kasut , pakaian dan sebagainya . Haha .

So belajarnya Tahap Diploma , 3 tahun . Satu semester 6 bulan full . Biasanya , bulan pertama relax , bulan kedua serabut otak sebab banyak test(teori and practical) , bulan ketiga midterm exam(biasanya cuti sebelum exam) , bulan keempat test kedua and heaven sebab dah free gila tinggal study untuk final on the fifth month . Aku cerita ni asas lah untuk course aku sebab course lain , lain sikit macam nursing ada practical manjang kot , not sure tapi biasanya tarikh exam and takwim semua sama.

Oh lupa , ni senarai Kolej dibawah Kementerian Kesihatan yang wujud :


1. Kolej Jururawat Masyarakat Kangar
2. Kolej Kejururawatan Sungai Petani
3. Kolej Kejururawatan Alor Star
4. Kolej Pembantu Perubatan Alor Star
5. Kolej Jururawat Masyarakat Kulim
6. Kolej Kejururawatan Bukit Mertajam
7. Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
8. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta
9. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh
10.   Kolej Teknologi Makmal Perubatan
11.   Kolej Kejururawatan Kuala Pilah
12.   Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson
13.   Kolej Pembantu Perubatan Seremban
14.   Kolej Kejururawatan Melaka
15.   Kolej Kejururawatan Muar
16. Kolej Jururawat Masyarakat Segamat
17. Kolej Jururawat Masyarakat Kluang
18. Kolej Jururawat Masyarakat Batu Pahat
19. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bharu
20. Kolej Kejururawatan Kuantan
21. Kolej Jururawat Masyarakat Jerantut
22. Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit
23. Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu
24. Kolej Kejururawatan Kubang Kerian
25. Kolej Jururawat Masyarakat Pasir Mas
26. Kolej Kesihatan Awam Kuching
27. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kuching
28. Kolej Kejururawatan Sibu
29. Kolej Jururawat Masyarakat Serian
30. Kolej Kejururawatan Sandakan
31. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu

32. Kolej Jururawat Masyarakat Tawau

Haa inilah dia , kauorang jangan risau asrama disediakan . Kat kolej sama jugak macam kat sekolah , strict lepastu ada aktiviti sana sini so kalau sampai sana takpayah tonjolkan bakat sangat hehe tapi dia ambil markah koko so 3 sem pertama je kauorang aktif . Peraturan harus ditepati tapi ada je kolej yang biasa biasa . Walaupun aku tak pergi kolej lain , aku rasa kolej aku terbaik sebab.... bukan sebab kemudahan kolej yang baik(bangunan lama) tapi sebab kolej aku kat tengah bandar Kuala Lumpur boleh pergi mana mana je kahkah .

Btw, aku malas nak letak apa apa gambar . Sorry nanti tak surprise .

Ok.

Dah habis lah tu , haaaa nak cakap sikit , aku cerita beriya ni , takda paksaan untuk sesiapa mohon SPA . Mungkin ada yang malu , yelah belajar diploma je orang lain belajar bagus and oversea semua . Tak apa , semua tu terpulang pada anda . Kalau anda nak berusaha gigih , belajar masuk asasi/matriks or pergi oversea sampai dapat master pon anda dapat kerja . Aku pon dulu berniat nak macam tu , and aku masuk Asasi Kejuruteraan di Puncak Alam . Sampai semester 2 tapi aku masuk Kolej under KKM ini , sebab keluarga yang sarankan atas alasan dunia maju , makin susah nak dapat kerja , lagi lagi under kerajaan . Berkat ibu bapa penting , so aku ikut cakap mereka . So pilihan di tangan anda .

Aku malu juga memula belajar diploma je , kawan kawan dah degree dan sebagainya (aku dah kerja hehe) tapi jangan risau , habis belajar , terus kerja , sah jawatan dah boleh sambung degree (tangga gaji naik) , as simple as that . Kecah je lebih . Haha .So doakan aku tahun depan dapat sambung degree . Amiiin . Tak perlu cerita pasal gaji kot , kalian fikir belajar je dulu , nak tahu pasal gaji boleh tanya . Gaji diploma je bro , basic RM 1680 tapi campur elaun , overtime dan sebagainya almost 3K . Okay lah diploma kan . Nak lebih sambung belajar .

So kalau sesiapa yang berminat nak apply SPA and belajar diploma under KKM ini , marilah buka link ini :

www.spa.gov.my

Anda akan lihat , ini .



Jadi , kalian click pada kotak biru sebelah kiri (Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam) . 

Aku ada internet problem so tak boleh nak screencapture one by one . Jadinya aku tulis jelah . Bila dah click situ , kalian akan perlu untuk daftar akaun baru .

Dah daftar ? Bagus. Buka semula pada Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam , kemudian daftar masuk . Haaaa bila dah daftar masuk , kalian perlu isi maklumat from A to Z . So apa yang diaorang perlukan kalian isi je , semua dah pandai baca kan ? So kalau yang tak perlu janganlah isi okay ? Isi dari maklumat diri , ibu bapa , minat , hobi , skills , PMR , SPM , STPM dan semua yang penting dan berkenaan . Tapi nanti kalian kena fokus pada latihan separa perubatan ya . Jangan pula isi maklumat untuk jadi polis dan sebagainya . Nanti akan jumpa course course yang anda rasa nak try tu , haa click je yang ada tulis 'Diploma Latihan...' . Bila selesai isi dan pilih semua tu , dah complete and nanti ada lah send sebagai pengesahan and etc . I tak ingat sebab dah lama sangat . And dulu pon abang yang buatkan .

Setahu aku benda ni valid setahun sahaja and kalau takda apa apa panggilan you have to  fill the form again . Jangan lah fikir oh okay dah mohon SPA dah takpayah mohon benda lain , sebab kalau mohon tapi tak lepas tapisan and tak dipanggil temuduga pon payah juga . Ada kawan yang dua tiga kali isi . And bukan sekali dapat temuduga terus dapat sambung belajar , ada kawan 3 4 kali temuduga masih tak dapat . Nampak tak tapisan yang diaorang buat sangat strict . Tapi apa salahnya mencuba .

Kalau ditakdirkan dah isi semua tu , dapat panggilan temuduga , haaa boleh lah kalian jenguk kat sini , konon kononnya tips lulus temuduga lah ni hehe .

TIPS !

Dah pukul 0153am ni dah mengantuk sangat , so itu serba sedikit pasal SPA . Kalau ada apa apa yang nak tanya boleh lah tanya . Jangan tanya kat blog ni sebab dah 1 tahun tak update .

Mungkin ada kekurangan pada penerangan jadi aku minta maaf terlebih dahulu . Anda boleh hulurkan pertanyaan di :

Facebook : Zaien Melowr
Twitter      : @faauzaien
Instagram : @zynmlr / @faauzaien / @imzaayn
Phone       : Kalau penting sangat baru minta number , just dm kat twitter okay ?                              

Jadi itu sahaja yang dapat aku bantu untuk menjelaskan pasal benda ni , kalau tak jelas boleh tanya jangan malu malu sebab malu bertanya sesat jalan . 

Thanks !

Saturday, April 27, 2013

Mutiara Kata ?

Assalamualaikum ;)


"BAIT BAIT RINDU DATANGNYA DARI ALLAH . RINDU KERANA ALLAH PASTINYA PENGUAT UKHWAH . ANDAI DIRIMU MERINDUIKU LILLAH , HATIKU TURUT MERASAKAN RINDU ITU LILLAH . NUR ITU IBARAT SINAR MATAHARI . MENYINARI TIADA HENTI , DIKALA MALAM BULAN PENGGANTI . BEGITU JUGA SAHABAT YANG AKU SAYANGI , SENTIASA MENYULUH CAHAYA KESEDARAN ."

Ukhwahfillah till Jannah ;)

RT : Satu perkara yang aku pelajari di SAMURA adalah kawan di SAMURA ini ibarat KELUARGA . Kawan yang betul betul ada value FRIENDSHIP which I strongly agree !

" Setiap DUGAAN dan UJIAN itu merupakan hadiah ISTIMEWA untuk kita . Supaya kita tidak leka dan lupa pada-Nya . Kau kuat ! Aku pon kuat ! "

" Tuhan , usah bebankan kami , dengan bebanan yang berat . Seperti , yang pernah Kau berikan kepada umat yang terdahulu dari kami ." 

" Tuhan , jangan pikulkan kami yang tidak kami terdaya . Maafkan salah kesilapan , ampunkanlah dosa dosa . Rahmatilah kami :/ "

" Oh tuhan , tunjukkan ku jalan , untuk menempuhi dugaan ini . Teman maafkan jika ku melukaimu . Moga ikatan ukhwah yang dibina , hingga ke syurga ."

" Aku tidakkan berdaya , menahan hibanya rasa . Redhalah apa terjadi , usahlah dikau kesali . Mungkin ada RAHMAT yang tersembunyi ."

" Aku bersyukur, pada-Mu Ilahi , teman yang dicari selama ini telah aku temui . Ya Allah , aku panjatkan doa agar berkekalan kasih sayang antara kami ."

" Sahabat , aku pohon sokongan , pengorbanan dan pengertian . KepadaMu Allah , aku pohon restu agar ukhwah kami kekal bersatu ."

" Ya Allah , Kau mengetahui hati hati ini . Telah berkumpul kerana kasihkanMu , bertemu dan patuh padaMU . Bersatu memikul dakwahMu . Hati hati ini telah berjanji setia . Bersatu dan menyokong syariatMu . Maka eratkanlah akan ikatannya . Kekalkan kemesraan hati ini , tunjukkan ia jalan yang sebenar . Limpahkan dengan cahaya rabbani Mu yang tak pernah padam , dan lapangkan dengan Iman ."

" Antara tanda cinta yang ikhlas adalah kesetiaan dan suka memberi . Nabi S.A.W bersabda , "saling memberilah kamu , nescaya kamu akan saling menyayangi" Riwayat Muslim ."

" Daripada Anas RA, daripada Nabi SAW sabdanya, "Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." "

" Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” 

" Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang,  membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan."

" Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat : Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu”


Ini antara ayat daripada lirik nasyid , doa Rabitah dan Hadis yang aku suka ;) Kalau nak taip semuaa memang banyak sangat :) Ini je yang termampu . Bila aku rindu , ada masalah , atau apa apa sahaja lah , aku selalu ingat balik semua ni :)

Saturday, January 12, 2013

Menjadi Sahabat Sejati ;)


Assalamualaikum SAHABAT ^^

Menjadi Sahabat Sejati


12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Menurut Imam Ghazali (melalui Kitab Bidayatul Hidayah),

 " Di dalam memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat ."


Melihatkan sangatnya susah untuk mendapatkan SAHABAT di zaman ini walaupun orang itu suka mengaji di masjid merujuk kesemua syarat, maka ada 2 jalan :

1. Tak payah berkawan, mengasingkan diri dari orang ramai (beruzlah) demi keselamatan;
2. Bergaul dengan orang ramai tapi pilih:
      1. Berkawan dengan saudaramu untuk akhirat;
      2. Berkawan dengan saudaramu untuk dunia tapi untuk yang baik;
      3. Berkawan dengan saudaramu untuk kejinakan hatimu supaya tak kena jahatnya.

Manusia terbahagi 3:

1. Orang yang seumpama makanan asasi, tak boleh elak;
2. Orang yang diibarat seumpama ubat – apabila kita perlukan sahaja, lebih mudarat dari kebaikan.
3. Orang yang seumpama penyakit, perlu dihindar. Dibimbangi kena sakit dan berjangkit. Ada manfaatnya iaitu teladan dan sempadan kepada kita.

ADAB itu boleh dipelajari dari orang yang tak beradab, supaya kita tak ikut. Pelajari sifat-sifat buruk supaya kita tak buat agar kita aman dan selamat, masyarakat selamat.

Kesimpulannya,

Dalam memilih sahabat, perhatikanlah sifat mereka. Mereka yang mempunyai ciri-ciri di atas kita pilih sebagai sahabat, tetapi mereka yang tidak memiliki ciri-ciri tersebut kita sekadar kita berbaik dan bertegur sapa sahaja. Adalah lebih baik jika kita mampu menegur kesalahan mereka agar mereka memperbaiki diri dan meninggalkan sifat buruk mereka. Menegur dengan selemah-lemah iman ialah mendoakan mereka supaya mereka menjadi manusia yang baik.

Wallahua’lam


Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah ;)

- Source from semua tempat -