Friday, December 23, 2011

Hubungan Kita :)

Assalamualaikum :)


Dalam kedinginan aku menanti bus Cepat Ekspres ke Johor Bharu, mindaku terhenti seketika, melihat pasangan kekasih yang bahagia berjalan dibawah lindungan payung berwarna pink pink jambu. Hati ku terdetik, comelnya lah sangat!  Pasangan yang bahagia, namun ada sesuatu yang menganggu minda aku sekali lagi iaitu, si jejaka sangatlah muda, tapi si wanita agak berumur. Baru lah aku terfikir sesuatu, nak bercinta tak semestinya ditentukan oleh usia. Setiap hubungan tu kalau direstui InsyaAllah membawa bahagia.


Kenapa aku tiba tiba rasa nak bercerita pasal benda ni ek ? Kenapa? Sebab aku teringat sebelum sebelum ni kawan aku selalu tanya , betul ke kalau dia nak couple dengan mamat/minah tu? Confirm ke boleh happy? Macam macam persoalan yang timbul. So sekarang aku nak cerita pasal hubungan. Cerita ni boleh jadi cerita umum, tak semestinya hubungan pasangan kekasih je. Hubungan dalam persahabatan boleh, and macam macam hubungan yang kauorang nak pon boleh. Tapi hubungan sulit tak boleh. Hehe.


Dalam setiap relationship yang kita nak cipta, sebenarnya bukan mudah untuk dicipta. Bukan nya petik jari je dah tercipta relationship tu. Dalam setiap relationship pasti ada elemen elemen yang penting untuk kita ambil tahu. Sebab elemen elemen itu lah yang menentukan sejauh mana hubungan yang kita nak tu boleh pergi. Adakah berjaya? Atau pun sia sia? Jadi di pengakhirannya tiada lah yang sengsara kalau hubungan yang diharapkan tak menjadi. Antara elemen yang penting ni ialah Jujur , Ikhlas , dan Percaya(Amanah). Aku nak bercakap ni berdasarkan pengalaman lah, bukan nya main sembur je. Baru sekarang aku yakin nak cakap sebab baru terdengar dari seorang pakar motivasi, and aku pon tak sangka apa yang aku fikir selama ni betul. Haha.


1. JUJUR. Kejujuran sangat sangat penting. Sebab sifat jujur ini yang menunjukkan peribadi seseorang itu. Kita kalau nak berpasangan, mestilah ada sifat jujur dalam diri kita. perlu jujur sesama pasangan. Maknanya tiada lah unsur tipu tipu, dusta dusti, haha. Jika seseorang itu jujur, maka dia tidak mudah untuk dicurigai, dan dia sangat mudah untuk didekati :) Faham? So dalam berpasangan pula, jika ada sifat jujur ni dalam diri masing masing, maka kedua dua pihak tidak akan sesekali terluka mahupun rasa diri itu ditipu. Apabila kita jujur sesama sendiri, tiada apa lagi yang akan menjadi rahsia sebab kadangkala rahsia ni mampu mem-porak perandakan sesebuah hubungan.


2. IKHLAS. Apabila kita jujur pada seseorang, sama lah ertinya kita ikhlas berkawan dengan nya, ataupun bercinta dengan nya. Senang cerita ikhlaskan sesebuah perhubungan itu. Sebab, orang yang ikhlas ini lebih diredhai kehidupan nya. maka, sekiranya kita ikhlas dalam sesebuah perhubungan, maka ALLAH akan meredhai hubungan tersebut. Ikhlas lah dalam any relationship dan berhubungan lah kerana Allah, supaya hubungan itu sentiasa berada di jalan yang benar :)


3. PERCAYA. Percaya ataupun amanah. Kepercayaan sangat penting dalam hidup. Kannnnnn? Samalah juga dalam setiap hubungan. Mesti ada kepercayaan kerana ia yang mengukuhkan tali ikatan dalam hubungan tersebut. Bila kedua dua pihak saling mempercayai, adakah akan timbul perselisihan faham? tidak mungkin sayang sayang sekalian. Kerana percaya itulah kunci kepada kebahagian kita. Kepercayaan melatih kita untuk menjadi berani dalam perhubungan. Ingat tu.


So konklusi saya ialah, sekiranya kita ikhlas, jujur dan mempunyai kepercayaan yang tinggi dalam perhubungan, InsyaAllah hubungan itu akan berjaya dan temui kebahagiaan. Tetapi, semua ini perlu lah diterapkan kedua dua pihak. Kalau sebelah pihak sahaja, mmm, faham faham lah. Kalau pokok tinggi hidup tak bertunjang, macam mana nak teguh? Okay mesti tak faham kan? Ok  bye :)


Aku tahu aku cakap ni pon takde lah betul mana. Ini pendapat je :)

Friday, November 25, 2011

Post Dari Hati

Assalamualaikum :)


Kali ini aku nak buat post yang tertulis lama dalam hati aku :) Terdetik hati aku untuk menulis tentang ni apabila aku ada terbaca one status from Facebook :


"it's not really hurt when you lose your bf/gf, but when you lose you bestfriend, it hurts really bad"


Betul kan statement diaaaa? So trueeee right?? Do you guys love your Bestfriends?? Of course you do (:
Aku taktahu apa nak cakap sebenarnya. Sebab bila ada something yang kau pendam kat dalam hati ni, for sure, kalau kauorang nak luahkan dan curahkan perasaan tu dalam perkataan adalah satu kemustahilan. Ceh ayat pelik keluar. Hehe. Oleh itu now, which is today, aku akan cuba korek korek korek dan keluarkan supaya perasaan tu boleh jadi coretan. At least lega hati ni, hilang beban dalam hati.


Setiap sesuatu perkara yang berlaku ni melibatkan hati dan perasaan. Cuma kita sahaja yang sedar atau pun tidak sedar akan hubungkait ini. For instance, when you go to a kiosk let say, then you ask the makcik how much is the kuih, the jajan and what not. Let say for an hour you ask the makcik macam macam, and lastly you buy nothing. What do you think about the makcik's feeling?? This is a simple example yang aku rasa agak logik lah. Macam bagi harapan kat makcik tu, padahal kau tak sedar pon sebab bila kau dah tanya tanya kau ternampak kiosk lagi satu (kat puncak alam banyak kiosk). Kecil hati makcik tu. Aku rasa lah macam tu. Haha.


But now, I'm not gonna write about makcik's feeling lah. Aku nak cerita sikit kesan yang aku rasa daripada sikap kecil hati yang dialami selama ini. Oleh siapa? Siapa jelah yang kau suka. And mesti kauorang ada rasa juga and maybe you're in the same situation, cuma tak boleh nak luah kan semua. But now I'm ready! Haha. Tahu tak apa dia perasaan yang terpendam sebab menjaga hati orang lain ? Pernah rasa? pernah alami? Atau you're one of the person yang tak perasan pon kauorang mengecilkan hati kawan kauorang?


Kadang kadang kan, benda yang mengaitkan hati dan perasaan ni boleh bawa pada keburukan. Contoh nya macam akan kehilangan kawan, or NYARIS NYARIS hilang kawan. Ini je yang aku nak cerita. Kauorang pernah tahu ke macam mana rasanya sakit hati ini kalau kauorang mengalami perubahan? Pernah? Kalau pernah baguslah, kita sama. Contoh nya, dulu kau jenis yang suka sakitkan hati orang and gembira bila tengok orang sakit hati dengan kau? Dulu aku suka beb macam tu. Suka orang benci aku. But bayangkan if now tiba tiba kau berubah jadi orang yang sangat sabar bila disakitkan hati or dikecilkan hati, sebab kau ada bestfriends and nak jaga hati kawan kauorang. And orang yang kecilkan hati kita tu tak perasan pon. Aku rasa sakit beb. Tapi biasalah, what goes around comes around kannn ? So I have to face it no matter what!


Tak kisah lah pasal perubahan tu. Aku ni nak bercerita ikut sedap je, sebab malas nak ikut point point kann. hehe. And now aku nak cakap pula pasal perasaan kecil hati yang kau pendam terhadap seseorang. Kau tahu tak rasa nya, bila kau pendam kan rasa kecil hati tu sebab sesuatu dan macam macam lagi? Tahu rasa nya macam mana? Sakit bro aku cakap. Sangat sakit and kau tahu, sampai kan nyaris nyaris aku tak pernah kisah pon orang tu text aku ke tak or aku tak pernah kisah or teringin nak chat kat Facebook bila aku nampak dia online. Sampai macam tu sekali effect pada diri aku bila aku pendam perasaan kecil hati. Mujur lah tak sampai ke dendam. Takde motif pon nak dendam.


Next seterusnya, apa kau rasa bila orang yang buat kau kecil hati tu, text and minta maaf? Tiba tiba tau. And kau tahu apa aku rasa masa tu? Aku rasa aku dah kembali macam dulu. Aku tak kisah pon perasaan orang. Tapi alhamdulillah tak lah. Walaupun awal tu aku baca dalam keadaan takde perasaan, tapi lastly hati aku lembut balik. Sebab aku sayang kawan aku. Siapa tak sayang kawan? Tak kisah lah kawan aku sayang aku ke tak. Tapi aku sayang diaorang. Nasib baik ada perasaan sayang yang boleh lembut kan hati aku balik. Aku kalau tak , susah nak maaf kan orang. Sebab aku tak mudah maaf kan orang. Memang lah ada yang cakap, sedangkan nabi ampunkan umat. Aku bukan nabi tau. Itu je aku nak cakap. 


Mungkin takde motif apa yang aku bebel panjang panjang ni, kesian siapa yang baca, penat je. Sorry. Tapi siapa je yang baca kan? Haha. So, motif aku nak cakap ialah,
1. Aku ni mudah kecil hati.
2. Suka pendam perasaan kecil hati aku.
3. Tak mudah maafkan orang.
4. I love my Bestfriends and Friends (:


So aku akan tetap dan cuba menjaga hati kawan baik aku sebaik mungkin. Aku taknak ada yang kecil hati disebabkan aku sebab aku sayang kauorang and sebab nya aku tak nak hilang bestfriends aku. Macam yang dalam status yang aku baca tu. It hurts really bad :(


So, bye :)

Thursday, November 3, 2011

Nikmatnya Merokok (?)

Assalamualaikum J

Okay tengok tajuk post aku tu tengok! Nikmat nya merokok J Kan? Okay aku taktahu. Haha. Jangan salah faham. Aku nak cerita sikit je pasal merokok ni. Aku ada jugak tanya kawan kawan, apa yang best nya merokok? So diaorang ada jawab yang merokok ni feel gila. Try lah se-pam dua ke kan, confirm nak lagi. Okay itu apa diaorang cakap eh. Aku tak rasa pon yang kalau try sekali dua boleh nak lagi. Bayangkan lah asap yang masuk kat dalam mulut kita. Lepas tu rasa macam makan habuk pon ada agaknya. E! Geli. Ceh macam pernah rasa je kan aku ni. Haha soalan tidak akan dijawab.



So,supaya aku tak akan membebel panjang, aku nak bagitahu lah. Walaupun aku rasa kauorang semua sendiri tahu apa aku nak cakap. Yang dalam rokok tu ada macam macam kandungan kan? And semuanya kandungan yang tak menyihatkan dan mampu membunuh secara senyap senyap. Ada nikotin, tar, toilet cleaner, candle wax dan segala macam jenis racun lah bagi aku. Maknanya if someone sedut rokok tu sekali je dah cukup banyak jumlah nikotin tar and etc yang dia sedut. Sedap sangat ke toilet cleaner? See? Bahaya ke tak kauorang rasa? Kalau dia beli sekotak yang ada 20 batang and harga mencecah RM 10. Ehem ehem. Kalau yang sehari sedut sampai sekotak kau bayangkan berapa banyak jumlah racun racun kotor yang dia sedut? Euww. Lepas tu kiralah berapa tahun dah dia smoke? Ditambah pula dengan pembaziran yang aku kira. Sehari sekotak, sebulan 30 kotak, setahun 360 kotak and jumlah pembaziran ialah tak banyak lah sangat kepala kau cuma RM108000 je? Ouh membazir sangat sangat. Cuba kau kira balik kalau sehari 3kotak? Ada tauu orang macam ni!!

Perkara ni pernah aku bahaskan dengan budak yang merokok and dia bidas aku balik dia cakap cuba bayangkan sehari topup RM10 setahun pon sama je membazir. Tapi betapa lembapnya otak dia so aku bidas balik. Kauorang setuju tak kalau aku cakap jumlah pembaziran yang sama ni memberikan impacts yang berbeza and pembaziran rokok lebih tinggi nisbahnya daripada topup. Sebab at least topup ada kebaikannya. Kau boleh call mak bapak, guna time urgent ke nak call someone. Habis kalau ada kemalangan kat tepi jalan or kau ada nampak orang mati kena bunuh kat lorong gelap mesti kau boleh guna telefon untuk call ambulans ke polis ke kan. Lain lah kalau smokers ni tak berperikemanusiaan and pentingkan diri kan. Aku nak tanya, rokok kau tu boleh ke panggil polis dengan ambulance datang kalau kau dalam keadaan macam tu? Ada ke? Ada? Tak kan? Okay aku menang J

Stop kat situ. Aku cuma nak cakap yang rokok ini membahayakan kesihatan and mampu membunuh. Ini ialah fakta bukan auta. Kau tak percaya kau punya pasal sebab tu hak kau untuk mati sorang-II (maaf biadap). Ouh cakap pasal mati ni, ada benda yang membuatkan aku geram. Iaitu sikap sang perokok perokok handalan. Dalam bahasa kasar yang aku selalu membebel dalam hati ialah

 “kau kalau nak smoke, dah tahu boleh bawa mati, kau mati jelah sorang-II, tak payah lah kau nak smoke kat public lepas tu nak ajak orang ramai mati dengan kau! Mati sorang-II dah lah”

Okay itu bahasa  kasar yang tak mampu nak terucap sebab mostly orang yang terdekat dengan aku pon hisap rokok. Takkan aku nak cakap macam tu kat ayah aku? Tak lah wehh! Cuma aku geram lah. Diaorang tak pernah fikir ke perasaan orang lain yang tak hisap rokok ? kalau orang tu ada semput ke sesak nafas ke kan susah. Dah tu hisap rokok kat public nak tunjuk yang dia ada magic boleh keluarkan asap dari mulut. Kau tahu lah kalau kita pergi mana-II kan ramai hisap rokok. Berapa banyak kepulan asap terhasil? Kang dah masuk bab pencemaran alam aku malas nak cerita panjang.  Alahai. Benci nya! Bukan sahaja yang kat public. Ada jugak jenis orang yang dah tahu dia sorang je hisap rokok, lepas tu nak menyusahkan hidup orang yang tak hisap rokok. Aku ni sesak dada kadang-II tau. Mengenangkan semua orang ada hak masing-II aku diam je. Aku malas nak bersuara banyak.

Okay, aku kalau bebel panjang macam ni bukan kauorang reti sedar pon sebab kauorang still akan melekatkan batangan batangan rokok itu di bibir hitam kauorang. Hisap lah banyak-II sebab aku malas nak cerita panjang. Betul kauorang akan susah nak berhenti. Kang kalau nak berhenti demam sana sini(*nanti aku cerita kat bawah). Hidup tak menentu sebab konon nya rokok ni mampu bagi tenaga kan? Tenaga atuk kau lah! So aku cuma nak minta tolong secara baik je dari kauorang warga warga peng-hisap rokok. Jangan lah menyusahkan hidup orang lain yang tak hisap rokok. Kalau kauorang nak hisap rokok, kauorang bawa lah sekali botol kosong ke, plastik kosong ke kan. Lepas kauorang hisap, hembuskan elok –II kat dalam bekas yang kauorang bawa tu. Nanti balik rumah buang bekas tu. Idea yang menarik kan? Kalau kauorang cakap membazir nak bawa botol baru setiap hari, fikirlah dulu berapa banyak kau membazir dengan rokok tu okay J

Ouh nasib baik shisha tu tak boleh dibawa sambil bawa motor ke kan, kalau tak mesti ramai hisap shisha. Lagi pening kepala aku. Walaupun rasa dia sedap kan, bau pon sedap tapi lagi bahaya dari rokok lah nok! Haha. Ceh macam pernah rasa je aku ni kan? Okay soalan tak akan dijawab. Bye.

* Yang aku nak cerita pasal demam sana sini lah. Memang betul wehh susah nak berhenti rokok. Bukan aku lah! Junior aku masa kat sekolah dulu, selalu sangat tak datang sekolah sebab demam lah. Muka tak bermaya je selalu. Last-II dia mengaku dekat aku di koridor dorm senyap-II. Dia cakap dia dah start smoke kat hostel and dia nak cakap kat aku dulu before senior lain yang cerita kat aku. Yelah takut aku marah. Aku kan senior katil dia. Haha aku redha je, janji nak berhenti tapi sampai sekarang tak boleh L

#aku dah pesan anak saudara aku, kalau dia hisap rokok dah besar nanti, aku belanja dia makan. Makan nasi digaul dengan 10 batang rokok yang hancurhancur berkuahkan habuk rokok bapak aku. Kalau tersedak aku bagi dia minum air tembakau#

Sunday, August 28, 2011

Oched dan Kawan Kawan c:

Assalamualaikum c: #have no intention of wishing selamat hari raya. Lol#
kertas kosong?dari kertas yang kosong ni, corakkan usaha untuk kita berjaya.
Jangan, mengeluh. corakkan dengan pelbagai warna yang mampu
memberikan pelbagai kebahagiaan dalam hidup kita.


Okay tajuk entry kali ni macam tajuk cerita cartoon kat tv jeh. Haha. Welcome to rancangan Oched dan kawan kawan ! #okay aku mengarut -_-
Hurm. Entry kali ini, nak menyentuh sedikit tentang beberapa perkara. Hehe. Apa apa ? ce teka ?


Okay. Memandangkan I ni, ceh ber -ai ai pulak. Memandangkan aku ni bekas pelajar samura yang sangat disayangi hingga kini. Samura yang disayangi ye, bukan bekas pelajar yang disayangi. Haha. Nak lah jugak berkongsi sedikit demi sedikit pengalaman kat sekolah situ. Okay, nak cakap sikit jeh tak panjang. Hehe, Duduk kat sekolah yang bernama Sains Muar ni memang banyak sangat cabaran. Sangat banyak. Fizikal, mental semua teruji duduk kat sekolah. As for my experiences, banyak lah nak list. Haha. Okay, sekolah ni dari form4 tak pernah nak mengajar pelajar pelajar nya berehat and have some freedom. Time form4, orang kata seboleh boleh nya nak kita yang buat, kita yang masuk, eh asyik muka yang sama jelah kadangkadang terlibat dengan aktiviti. Dengan senior kat asrama yang kadang kadang je annoying. Sangat menyeksa jiwa dan mental. Fizikal tak lagi :)


Dan bila naik form5 pula, felt relax, so so so relax sebab we didn't have to join all those ridiculous activities as we have our juniors :) sumpah sayang korang juniors. Lol. But at the same time, korang still kena sibuk untuk handle macam macam benda yang under kita.#jealous tengok orang yang tak busy#. So yang tak berapa busy, belajar, manfaat kan! And ditambah lagi dengan SPM yang menghantui tahun kita masa tu. Ini betul2 menyeksa jiwa raga mental fizikal emosi dan segala bagai. Oh ya. Dengan segala bagai mata pelajaran yang tak pernah dapat di cover since form4. Aigoo~ Nak salahkan busy dengan macam macam tak boleh jugak. Sebab diri sendiri yang nak sibuk sibuk. Tapi alhamdulillah, semuanya dapat diatasi dengan mudah dan dapat result yang okay lah jugak :)


Okay , to conclude kan Oched, camni sebenar nya. Zaien nak cakap sikit jelah, tak banyak pon. Pertama. Tahniah sebab berjaya menjejakkan kaki ke bumi bertuah SAMURA ye adik adik :) Kedua, Oched! anda akan sempat jadi senior ! Ingat ! If I come to samura next year, and you are not there ! Siap ! #apa je boleh buat? =P#


1.Okay, #I oftenly cakap 'okay' eh?# haha. Oched dan kawan kawan. Di sini nak cakap sedikit. Harap dapat buang segala keluhan yang ada dalam diri tu. Ingat, what did Kak Iman and I told you that night, tak ikhlas macam mana pon, mengeluh macam mana pon, you have to accept the truth that you are now at samura. Dah tak boleh nak halang macam mana dah. Takkan sampai SPM nanti masih tak boleh percaya yang you are already at samura? Tak boleh macam tu. Ingat konsep yang diberitahu. Anda kena berSyukur dengan apa yang Allah dah beri, kena Redha dengan ketentuan nya, dan Sabar menghadapi segala dugaan yang datang. Allah tak akan bagi ujian pada hambanya sekiranya kita tak mampu nak hadapi nya. Allah tahu apa yang kita mampu lakukan.


2.Lagi satu, jangan terlalu rasa merendah diri dengan diri kita. Bagus nak jadi humble, but sometimes you have to show to others what you can really do. Jangan melihat orang yang banyak kebolehan terus nak rasa down. Jangan lah jugak, kalau rasa diri tak boleh buat, terus nak mengalah. Ingat, setiap orang ada keistimewaan masing masing. If orang ni pandai, itu memang kurniaan dia dapat. Tapi tak semestinya kurniaan tuhan terus jadi pandai. Mesti ada usaha untuk dia jadi pandai. Usaha tu kunci nya. If nak apa apa pon, usaha tu penting. Go for it dengan effort yang betul betul. Usaha untuk belajar betul betul. Semua orang ada keistimewaan diri yang kita sendiri tak pernah discover. Macam Zaien, ini sekadar cerita jelah. I don't really know what ghazal is, how to act, how to sing, what choir is, what kuda kepang is,what forum is, debate and the list goes on. But, bila duduk kat samura, berusaha nak tahu apa yang kita boleh buat, so i've tried everything. Alhamdulillah :) so you can do it okay. Usaha and jangan terlalu merendah diri tengok orang punya kelebihan. Anda ada kelebihan yang anda tak tahu :)


3. Jangan terasa lemah and tak berdaya nak hadapi masalah kat samura. You have to be strong dear. No matter what happened and will happen, you must have the strong to face it. Doa and tawakal mesti selalu. Jadikan benda yang menjatuhkan kita sebagai batu loncatan untuk kita naikkan semangat kita. Setiap yang berlaku ada hikmah and ujian yang diberi kita mampu untuk atasi, cuma sometimes kita tak tau how to deal with it. it's only you who know what should you do. One day you'll know how :) Tak kisah apa pon jadi, kena kuat. Pengorbanan sangat penting untuk kita capai apa kita nak.Jangan stress sangat duduk samura tau. One day you'll regret it and kalau boleh nak balik ke samura. so, sementara ada peluang yang allah dah bagi ni, manfaat kan every second yang ada kat samura. :) Sekolah ni banyak bagi pengalaman kat pelajar tau, dan kejayaan :) Alhamdulillah :)


4.And attention, for some people yang dah biasa dengan support from parents. They might not be able nak survive without them. tapi this is life. You have to deal with it. One day tetap terpaksa tinggalkan parents. but, untuk masalah ni, cuba ikhlas kan hati, niat kan hati, duduk kat samura seikhlas nya untuk penuhkan impian ibubapa kita tau :) dia orang confirm bahagia tengok kita berjaya kat sekolah tu one day.for the sake of their happiness kan ? dia orang mesti nak tengok kita berjaya kat sekolah tu. That's why I said kat atas, pengorbanan sangat penting untuk kita capai sesuatu. Kena berkorban oched dan kawan kawan ! =P Selalu lah call parents if ada masalah kan :) 


5.And if you can't have your parents to support you, thats why you really need to have a friend. true friend. I learnt about friend since masuk samura, sebab hanya kawan yang kita ada untuk kita bergantung masa kat samura :)and till now, i really appreciate them. Kita tak boleh menyendiri kalau ada masalah. I used to isolated myself from others masa ada masalah. Sebab terlalu stress sangat. Sumpah rasa nak mati, tapi nasib baik I have friends yang supported me masa tu. Sangat bersyukur ada kawan masa tu. And if anda rasa macam takde kawan langsung, jangan rasa macam tu, Zaien sendiri pernah rasa perasaan macam takde siapa nak support kita, layan kita and what not. Sebenarnya kita yang rasa jauh dengan mereka, and sebenarnya dia orang tak sedar pon perasaan kita macam mana. Rasa diri ni sangat dipinggirkan. Yeah sebab dia orang ada kawan masing masing and dia orang ada ramai kawan. Kadang kadang orang yang ada ramai kawan ni tak sedar apa kita rasa. Please, kalau ada rasa macam ni, please please talk to someone. You really need someone to talk to dear. REALLY! Sebab dia orang tak tahu sebenarnya apa yang kita rasa melainkan kita luahkan everything so they'll realise that kita sangat perlukan mereka. Faham ?


Harap anda dapat selalu jadi optimis ye dear. Kalau ada masalah jangan simpan lama lama. I-Allah, kalau niat tu ikhlas, semua okay. Smile always okay. Though smiling doesn't necessarily means that you're happy,and sometimes it's actually the sign of silent pain, actually it just means that you're strong enough to face problems. I know you can do it, you can face all the problems dear :)


Selalu berdoa supaya dikuatkan hati, minta kat parents supaya doakan diberikan kekuatan nak hadapi semua nih. Allah sentiasa ada. Family sentiasa ada. kawan pon I-Allah sentiasa ada. Jangan stress, dah nak final kan ? So ingat pesan ni okay. Kalau result teruk even dah usaha and ikhlas macam mana pon. Ingat itu dugaan yang Allah bagi pada kita. Allah tahu kita boleh hadapi nya. Dia saja nak duga kita. Nak tengok kita bersyukur tak dengan ilmu yang Dia beri. Sebab kita tahu, dugaan yang Allah bagi tu boleh dihadapi, usahalah untuk kita perbetulkan semuanya. Mungkin ada silap kita. Kalau masa tu tak berpeluang nak berjaya, akan datang akan ada peluang sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan mengeluh, tension and keluarkan rasa tak bersyukur. Goodluck final ye Oched dan kawan kawan :)

Saturday, August 20, 2011

Kenapa Lelaki Macam Tu Macam Ni ?

Assalamualaikum.
                                       

Okay, entry kali ini aku nak ulas sedikit mengenai perangai sesetengah lelaki yang ada kat atas muka bumi Allah ini.#taksemualelaki#. Hari tu dah bebel pasal perempuan kan. hehe.


Memang dah ditakdirkan and dah tertulis sejak azali lagi bahawa setiap manusia ini diciptakan berpasangan, lelaki dan perempuan. Makna nya one day kita akan berkahwin dengan pasangan kita lah kan. Ok tak mungkin lah lelaki kahwin lelaki perempuan kahwin perempuan kan. Jangan nak mengarut. Lol. Takdir kita untuk berkahwin,#sunah nabi ni# okay, and kesimpulan nya ramai dah anak muda sekarang dah start mencari cari cinta, cewahhhh! berkasih kasih,ber ber dan bermacam macam lagi lah kan. Biasalah jiwa muda remaja bergelora. #excluded me#. Haha. Semua tengah sibuk, yang mana takde siapa nak kat dia, berduka lara, yang mana ramai sangat terkejar kejar dia, menyorok nyorok. Haha macam macam karenah lah. Anak muda.


Okay kita ambil majoriti lah. Dalam setiap percintaan and what not, memang confirm lah lelaki akan mengambil langkah awal kan, bunga bunga awal and etc. Takkan perigi nak cari timba pulak kan. Lelaki ni, pada pendapat aku lah, and memang fakta, sangat pandai berkata kata, ayat ayat manis, putar belit sana sini. macam dah semulajadi je kan ? Ntah. No comment. Sebab tu agak nya perempuan ni bukan main cepat mencairkan diri kepada lelaki lelaki penggoda nih kan.#taksemuaperempuan#.


Okay, satu je persoalan. tentang lelaki yang bercinta dengan seorang perempuan. Kenapa sesetengah lelaki yang dulu bukan main kan, dia kejar kejar perempuan tu, lepas tu pada akhir nya dia pergi macam tu je, ibarat meninggalkan puntung rokok yang dia orang dah hisap#bagi yang merokok#. ?? Why ?


Susah nak jawab persoalan ini sebab ini terletak pada individu tersebut that main reasons lahh kan. Tapi aku nak bercakap beberapa perkara je. Kenapa lelaki tinggal kan perempuan macam tu je ? Ada dua jenis je yang aku nak cerita, pertama, tinggal kan kerana dan puas atau dah bosan, and kedua tinggalkan atas reason agama and what not.


Fasal jenis pertama,#pasal lelaki jenis ni je# lelaki ni dia suka tukar tukar perempuan macam dia tukar spender agak nya. Aku pon taktau kenapa, tapi untuk lelaki jenis itu jelah. yang setia tu Alhamdulillah. Mungkin yang suka tukar tukar ni ingat ini trend baru agak nya. Diorang buat perempuan ni macam lampin pakai buang je#sorry#. Basah and kotor, terus campak. tak guna kan lelaki macam tu ? Susah betul nak jumpa yang betul betul setia. Pantang jumpa perempuan lawa je terus nak clash, cari awek baru tu. Padahal awal awal dulu bukan main lagi kejar, rayu, mengayat nak ajak couple. Tapi jumpa orang lain senang senang je nak buang sedangkan yang perempuan tu dah sayang gila kat lelaki itu. Sighhh. Tahu tak perasaan perempuan yang ditinggalkan macam tu je ? Kita ni senang jadi lelaki, tak fikir sebab kita dah bahagia. Susah untuk perempuan lupakannya. Perempuan berjiwa sensitif.


Fasal jenis kedua pula, bagus lah kalau dah ada sifat sifat islamic dalam diri tu, kalau tak dulu macam apa lah kan. Bukan nak mengeji atau apa. Okay, cuba bayangkan, dulu bukan main lagi bagi tu bagi ni nak mengurat, bukan main lagi romantik lah, apa lah, semata mata nak bagi perempuan tu cair kat dia, and at last, perempuan tu jatuh dalam dakapan lelaki tu. Okay nampak tu macam kearah maksiat ? Tapi cuba bayang kan, sebab kan dengar ceramah agama and what not, terus nak putus sebab apa, sebab tidak mahu ada maksiat dalam percintaan and what not. Okay, bagus lah kalau lelaki tu nak berubah and tak nak mengumpul dosa. #tapi sebelum ni memang dah terkumpul pon#. Tolong lah faham, tak semestinya bercinta masa muda ni mampu membawa kita ke neraka. Fikir lah elok elok. Bercinta kerana Allah. Kalau takut sangat melakukan dosa, ingat asas percintaan yang elok dalam islam, perlu ada rasa hormat dalam menjalin cinta. Amboi. Haha, hormat kepada perintah Allah , ajaran Rasul and ke atas hak dan maruah di antara pasangan yang boleh menjanjikan hubungan yang berkekalan.
Makna nya lelaki itu kalau nak bercinta, dia kena lah jujur terhadap cinta dia yang terjalin terhadap seorang wanita. Kalau benda benda camni dapat di consider, InsyaAllah seorang lelaki itu tak sewenang wenang nya nak memegang tubuh pasangan nya.See ? islam tak melarang umat nya bercinta, ada batas ada adab ada benda yang perlu kita ambil kira. Jangan lah kalau dengar ceramah agama pasal bercinta terus nak putus. Perempuan tu dah sayang bagai nak rak, tapi at last hati hancur macam tu jeh. lelaki bakal ketua keluarga, bertanggungjawab, perlu pandai fikir and mampu kawal diri daripada melakukan dosa and what not.
Okay ini je dua contoh and benda aku nak cerita. Kesimpulan nya ?


Nasihat 1 : Kepada perempuan. Dalam dua dua situasi yang aku cerita adalah situasi anda ditinggalkan kan oleh golongan golongan lelaki ini. Okay, senang je, bagi aku , pendapat aku lah, engkau orang sepatut nya tidak menaruh kan beribu harapan, atau pun dalam erti kata lain, menyerah kan jiwa dan raga untuk menyayangi boyfriend. Kalau sayang tu ada lah kan rasa sayang, tapi tak mungkin sayang tu melebihi kasih sayang kita kepada Allah, Rasul dan Ibu bapa kita. Fikir fikir kan lah, sebab ini sebagai precaution step. Kalau engkau orang sayang bagai nak rak, tapi ditinggalkan , engkau orang jugak merana kan. Lagi pon, kita tak tahu jodoh kita memang dah ditetapkan untuk kita. kekal ke ? Tidak tahu lagi. Macam tu lah. Jangan lah sampai hati terluka sebab sayang separuh gila #Peace


Nasihat 2 : Ini untuk kaum aku sendiri. Aku sendiri geram dengan kaum aku nih. Hurm. Macam ni lah. Engkau orang kena tahu, perempuan ni hati dia nipis sangat, mudah tersentuh , mudah cair, mudah terluka. Tapi , satu perkara kena ingat, bukan mudah hati perempuan tu nak terbuka untuk seorang lelaki. Faham ? Susah kalau tak faham hati perempuan tahu. Dah tu, jangan lah sewenang wenang nya , engkau dah ketuk ketuk pintu hati dia orang, sampai terbuka luas tu. Then , bila dah bosan atau atas reason yang boleh diatasi, engkau orang nak tinggal kan dia orang macam tu je ? Mungkin ada yang cakap, tinggal kejap je, kalau ada jodoh tu ada lah. Kalau dah macam tu, baik engkau orang tak payah nak ngada ngada ngurat anak dara orang. Tunggu lah jodoh engkau orang. Tapi, memang lumrah dalam percintaan ada yang putus. Kat sini aku cuma nak tekan kan, jaga lah hati seorang wanita. Wanita, dicipta dari tulang rusuk lelaki kan, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dialasi, tetapi dekat dengan bahu untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk disayangi. Jangan biarkan wanita atau pasangan engkau orang dalam keadaan yang berduka. Dia orang ada masa depan. #Peace



Cinta perlu difahami sebagai rasa satu kasih sayang, ada rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen , keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Bercinta kerana ALLAH. Paling senang bercinta lepas kahwin :D
#Aku bercakap je, tapi aku tak reti bercinta#

Wednesday, August 17, 2011

Ini lah aku, dari Sains Muar hingga kini :)

Tiba tiba rasa rindu dengan sekolah, nak berkongsi pengalaman sekolah je.Dari Form4 sampai lah sekarang.
FORM 4
MRS , jadi pawang kuda kepang

First time join ghazal

Ajar bebudak Zapin


Rindu nak jadi junior (ke?)

Kuda :)

Lapor diri : Result exam . lol
best dapat berlakon :)

Show di Beijing, China

Pelakon pelakon :)

Nyanyian Kemerdekaan
Dan banyak lagi gambar tak jumpa untuk lakonan lain, syarahan , pantun, nasyid , bahas, koir and etc.
FORM 5
Ahli Dorm :)


Suasana kat Jatek time ajar junior

I don't know what did i do for MAC :)

Rindu nak tidur time Assembly

Rindu kelas Bio :)

Masa ni jadi KR . Haha :)

Kem kepimpinan ;)

Jadi MC for Coop-ian ? hehe

Nak ulang balik SPM !
Berbuka puasa dengan kelas :'(


Dah nak dekat SPM nih. haha. eh, tu bukan sandal aku (?)

tak join MTK sebab Perfect Score =__=

Miss my LadyGaga Classmates :)

Dapat tgok orang lain pulak berlakon :) #bukanForm5nih#

Dapat tgok orang lain pulak ChoralSpeaking. #bukanForm5jugak#

Rindu cikgu Addmath :)

Radix berlakon nihh #BukanForm5lahh#

Ini Dayang PGL nih. haha #BukanForm5pon#

Cikgu Chemist ! So sorry :(


Cikgu Hamidee Rawk ! :D
Banyak lagi pengalaman best form5, cuma tak banyak gambar jeh :)
My Zapin
Ni junior saya <3

Sibuk sibuk before lawan, masa ni aku dah rapat ngan diorang. tgok tu !

Diorang mula2 tak berape suke dengan aku :) garang sangat

Comel kan diorang, after pertandingan, belanja :) thanks sue

This is Sue Adelina :)

Koko Koko ,takde kerja masa latihan, g jalan buat kerja gila. Sorry Besut :)

Ini Koko yang comel :) Junior :)

Ini masa HKSBP, aku penat jeh :)

Ini pertandingan negeri Johor

Ini show hari raya :)

Happy kan kami ? hehe

Koko, buat muka comel kau ! ;)

Ini masa MRS. Ini my Juniors :)


Ini Koko again :)

MRS petang , <3 juniors :)

Koko , and my Fyda !


Joget ni spontan . haha

First time solek budak. Sengal =_=

Busy dengan diorang :)

Team Girls :)


Sorry mambo and koko, aku tak reti solek =P

Nuha and the gang :)

TV9 , masa ni aku tak menari :(

Senior, kak salha , Cikgu , kak salwa , and me :)

Last moment before SPM
Banyak pengalaman Zapin, ini antara nya lah :)
My Ghazal :)
Ini bilik beku kat PICC =__=

After show kat PICC :)

Masa show kat PICC :)

Termengah mengah berzapin terus menyanyi =__=

Ini bilik salin kat ShangRiLa Hotel :)

Mambo my penyanyi :)

Before show ni dah nak pengsan =__=

After show, bergambar jeh :)

Ini rehat tunggu turn buat show :)

Nasi Lemak Kopi O Tv9 :)

Then , MHI TV3, Sri Pentas :)

After show :)

Kemudian ni kat rumah cikgu Mas, Kahwin :)

My Farah Afiqah there :)

Ini show kenduri kat Muar, stage roboh :)
My Farah again :)

Ghazal + Zapin = Zaien :)

Ini show kat MPJBT :)

My Sri Atma Gelora :)

This one kat KLCC :)

Ringkas jehh. :)

Tak jumpa gambar yang kat PWTC. Tapi ni kami ghazal dan angklung :)
Pengalaman Ghazal pon sangat banyak . Gambar tak jumpa :) Thanks to SAMURA, banyak mengajar and memberi pengalaman. Yang terpenting, thanks to CIKGU ZAINUDIN :) Sayang Cikgu :) sangat sangat :) Klik nama cikgu tu, klik ! :)