Monday, July 18, 2011

KISAH NURIN AMANI

Kisah ni konon nya diadaptasi dari kisah seseorang yang bernama Nurin Amani. Siapa Nurin Amani ? Aku sendiri pon tertanya tanya. Cehh. Haha. Mestilah aku tau sape Nurin. Tapi takkan aku nak cakap sape dia kan. Bukan kekasih bukan rapat bukan dan bukan. Haha. Teka lah sendiri. Okay. The story begins.

Kisah ni ada kaitan nya dengan kehidupan aku. Tapi tak semua. So aku cuma nak berkongsi dengan semua orang melalui kisah Nurin Amani.



Hidup bagaikan tak sempurna tanpa sentuhan kasih sayang sahabat. Semua orang punya sahabat karib yang akrab dengan kita. Sahabat yang boleh kita harap dan macam2 lagi. Time kita sunyi, gembira, sedih, semuanya kita nak kongsi dengan sahabat karib kita. Bestfriends are everything. Kita sayang gila bestfriends kita. Sanggup buat apa apa untuk diorang. Tapi, pernah tak korang terfikir ? time kita sedih, time kita sunyi kadang2 diorang ada tak kat sisi kita ? Ada ? Ke kita je yang selalu ada untuk diorang? Renungkan sendiri. Dua perkara untuk direnung.

Pernah tak korang terkecil hati dengan bestfriends sendiri ? Pernah ? Depends lah korang ni jenis yang macam mana. Bagi orang yang barubaru ada bestfriends, mesti sayang gila kat bestfriends dia kan. Tak kesah lah bestfriend tu laki ke perempuan. Kalau dah bestfriend tu memang sayang gila lah. Sikit je bestfriend kita cakap boleh terkecil hati. Tapi tu over sangat lah kan. Haha. Camni jelah sebenarnya. Kita ni kadang kena jaga hati kawan kita. Kadangkadang bila bestfriends buat tak endah, layan nak tak nak, pon kita boleh kecil hati. Bukan kita perlukan layanan sepenuh masa. Of course diorang ada komitmen lain yang penting. Tapi at least sepatutnya perlu lah beritahu something even busy sekali pon. Itu lah maksud nya. For some people boleh terasa bila bestfriends buat tak layan, even tak reply mesej. Nampak macam gedik. Haha. Pelik gila.

Dalam persahabatan memang perlu ada tolong menolong. Yelah, kawan baik kita, takkan tak nak tolong. Tak kisah pertolongan bentuk apa pon, selagi termampu nak bantu tu bantu lah. Korang pernah tak lalui or terfikir? Kita selalu sangat tolong kawan baik kita. Yelah sebab kita sayang kat diorang. Mestilah nak tolong. Kadang2 bestfriend kita ni tak sedar. Dia selalu sangat mintak tolong kat kita, itu ini itu ini. Sebagai kawan kita tetap akan tolong selagi boleh. Tapi kadang2 kawan baik kita takkan sedar bila kita mintak tolong kat dia. Pelik tak ? ini bukan mengungkit. Tapi sekadar renungan dan persoalan. Kenapa sahabat karib kita tak sedar yang kita juga perlu kan pertolongan diorang masa kita susah? Kenapa diorang tak endah ? sebab kadang kala, bila dia dah bahagia and dapat apa yang diorang nak, mudah je dia nak lupakan kita. Mudah je dia pergi. macam tu je. Betul tak Nurin Amani ? I know you will read this entry.

Entry ni pendek je. Hurm, as for me, bestfriends adalah segalanya gak. I love my bestfriends. I always pray for them mcm mana I always pray for my family. Doakan supaya diorang berjaya dunia akhirat, dapat cemerlang Asasi for Gee Azfar Ara and cemerlang SPM ye Radix. Haha. Aminn. This entry sekadar nak berkongsi karenah bestfriends yang sukar nak diduga sebab diorang kadang-kadang boleh lupakan kita dengan mudah. So kepada sesiapa yang ada bestfriend tu, jaga jaga lah hati bestfriend korang. Bukan senang nak bina tali persahabatan yang kukuh. Bukan sebelah pihak saja yang perlu buat ikatan persahabatan. Sebelah pihak lagi kena lah kukuh kan lagi ikatan tu. Barulah persahabatan kekal selamanya. InsyaALLAH. Sekian kisah Nurin.

Friendship Remains and Never Can End.