Saturday, August 20, 2011

Kenapa Lelaki Macam Tu Macam Ni ?

Assalamualaikum.
                                       

Okay, entry kali ini aku nak ulas sedikit mengenai perangai sesetengah lelaki yang ada kat atas muka bumi Allah ini.#taksemualelaki#. Hari tu dah bebel pasal perempuan kan. hehe.


Memang dah ditakdirkan and dah tertulis sejak azali lagi bahawa setiap manusia ini diciptakan berpasangan, lelaki dan perempuan. Makna nya one day kita akan berkahwin dengan pasangan kita lah kan. Ok tak mungkin lah lelaki kahwin lelaki perempuan kahwin perempuan kan. Jangan nak mengarut. Lol. Takdir kita untuk berkahwin,#sunah nabi ni# okay, and kesimpulan nya ramai dah anak muda sekarang dah start mencari cari cinta, cewahhhh! berkasih kasih,ber ber dan bermacam macam lagi lah kan. Biasalah jiwa muda remaja bergelora. #excluded me#. Haha. Semua tengah sibuk, yang mana takde siapa nak kat dia, berduka lara, yang mana ramai sangat terkejar kejar dia, menyorok nyorok. Haha macam macam karenah lah. Anak muda.


Okay kita ambil majoriti lah. Dalam setiap percintaan and what not, memang confirm lah lelaki akan mengambil langkah awal kan, bunga bunga awal and etc. Takkan perigi nak cari timba pulak kan. Lelaki ni, pada pendapat aku lah, and memang fakta, sangat pandai berkata kata, ayat ayat manis, putar belit sana sini. macam dah semulajadi je kan ? Ntah. No comment. Sebab tu agak nya perempuan ni bukan main cepat mencairkan diri kepada lelaki lelaki penggoda nih kan.#taksemuaperempuan#.


Okay, satu je persoalan. tentang lelaki yang bercinta dengan seorang perempuan. Kenapa sesetengah lelaki yang dulu bukan main kan, dia kejar kejar perempuan tu, lepas tu pada akhir nya dia pergi macam tu je, ibarat meninggalkan puntung rokok yang dia orang dah hisap#bagi yang merokok#. ?? Why ?


Susah nak jawab persoalan ini sebab ini terletak pada individu tersebut that main reasons lahh kan. Tapi aku nak bercakap beberapa perkara je. Kenapa lelaki tinggal kan perempuan macam tu je ? Ada dua jenis je yang aku nak cerita, pertama, tinggal kan kerana dan puas atau dah bosan, and kedua tinggalkan atas reason agama and what not.


Fasal jenis pertama,#pasal lelaki jenis ni je# lelaki ni dia suka tukar tukar perempuan macam dia tukar spender agak nya. Aku pon taktau kenapa, tapi untuk lelaki jenis itu jelah. yang setia tu Alhamdulillah. Mungkin yang suka tukar tukar ni ingat ini trend baru agak nya. Diorang buat perempuan ni macam lampin pakai buang je#sorry#. Basah and kotor, terus campak. tak guna kan lelaki macam tu ? Susah betul nak jumpa yang betul betul setia. Pantang jumpa perempuan lawa je terus nak clash, cari awek baru tu. Padahal awal awal dulu bukan main lagi kejar, rayu, mengayat nak ajak couple. Tapi jumpa orang lain senang senang je nak buang sedangkan yang perempuan tu dah sayang gila kat lelaki itu. Sighhh. Tahu tak perasaan perempuan yang ditinggalkan macam tu je ? Kita ni senang jadi lelaki, tak fikir sebab kita dah bahagia. Susah untuk perempuan lupakannya. Perempuan berjiwa sensitif.


Fasal jenis kedua pula, bagus lah kalau dah ada sifat sifat islamic dalam diri tu, kalau tak dulu macam apa lah kan. Bukan nak mengeji atau apa. Okay, cuba bayangkan, dulu bukan main lagi bagi tu bagi ni nak mengurat, bukan main lagi romantik lah, apa lah, semata mata nak bagi perempuan tu cair kat dia, and at last, perempuan tu jatuh dalam dakapan lelaki tu. Okay nampak tu macam kearah maksiat ? Tapi cuba bayang kan, sebab kan dengar ceramah agama and what not, terus nak putus sebab apa, sebab tidak mahu ada maksiat dalam percintaan and what not. Okay, bagus lah kalau lelaki tu nak berubah and tak nak mengumpul dosa. #tapi sebelum ni memang dah terkumpul pon#. Tolong lah faham, tak semestinya bercinta masa muda ni mampu membawa kita ke neraka. Fikir lah elok elok. Bercinta kerana Allah. Kalau takut sangat melakukan dosa, ingat asas percintaan yang elok dalam islam, perlu ada rasa hormat dalam menjalin cinta. Amboi. Haha, hormat kepada perintah Allah , ajaran Rasul and ke atas hak dan maruah di antara pasangan yang boleh menjanjikan hubungan yang berkekalan.
Makna nya lelaki itu kalau nak bercinta, dia kena lah jujur terhadap cinta dia yang terjalin terhadap seorang wanita. Kalau benda benda camni dapat di consider, InsyaAllah seorang lelaki itu tak sewenang wenang nya nak memegang tubuh pasangan nya.See ? islam tak melarang umat nya bercinta, ada batas ada adab ada benda yang perlu kita ambil kira. Jangan lah kalau dengar ceramah agama pasal bercinta terus nak putus. Perempuan tu dah sayang bagai nak rak, tapi at last hati hancur macam tu jeh. lelaki bakal ketua keluarga, bertanggungjawab, perlu pandai fikir and mampu kawal diri daripada melakukan dosa and what not.
Okay ini je dua contoh and benda aku nak cerita. Kesimpulan nya ?


Nasihat 1 : Kepada perempuan. Dalam dua dua situasi yang aku cerita adalah situasi anda ditinggalkan kan oleh golongan golongan lelaki ini. Okay, senang je, bagi aku , pendapat aku lah, engkau orang sepatut nya tidak menaruh kan beribu harapan, atau pun dalam erti kata lain, menyerah kan jiwa dan raga untuk menyayangi boyfriend. Kalau sayang tu ada lah kan rasa sayang, tapi tak mungkin sayang tu melebihi kasih sayang kita kepada Allah, Rasul dan Ibu bapa kita. Fikir fikir kan lah, sebab ini sebagai precaution step. Kalau engkau orang sayang bagai nak rak, tapi ditinggalkan , engkau orang jugak merana kan. Lagi pon, kita tak tahu jodoh kita memang dah ditetapkan untuk kita. kekal ke ? Tidak tahu lagi. Macam tu lah. Jangan lah sampai hati terluka sebab sayang separuh gila #Peace


Nasihat 2 : Ini untuk kaum aku sendiri. Aku sendiri geram dengan kaum aku nih. Hurm. Macam ni lah. Engkau orang kena tahu, perempuan ni hati dia nipis sangat, mudah tersentuh , mudah cair, mudah terluka. Tapi , satu perkara kena ingat, bukan mudah hati perempuan tu nak terbuka untuk seorang lelaki. Faham ? Susah kalau tak faham hati perempuan tahu. Dah tu, jangan lah sewenang wenang nya , engkau dah ketuk ketuk pintu hati dia orang, sampai terbuka luas tu. Then , bila dah bosan atau atas reason yang boleh diatasi, engkau orang nak tinggal kan dia orang macam tu je ? Mungkin ada yang cakap, tinggal kejap je, kalau ada jodoh tu ada lah. Kalau dah macam tu, baik engkau orang tak payah nak ngada ngada ngurat anak dara orang. Tunggu lah jodoh engkau orang. Tapi, memang lumrah dalam percintaan ada yang putus. Kat sini aku cuma nak tekan kan, jaga lah hati seorang wanita. Wanita, dicipta dari tulang rusuk lelaki kan, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dialasi, tetapi dekat dengan bahu untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk disayangi. Jangan biarkan wanita atau pasangan engkau orang dalam keadaan yang berduka. Dia orang ada masa depan. #Peace



Cinta perlu difahami sebagai rasa satu kasih sayang, ada rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen , keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Bercinta kerana ALLAH. Paling senang bercinta lepas kahwin :D
#Aku bercakap je, tapi aku tak reti bercinta#