Tuesday, August 16, 2011

Sia Sia =__=

Assalamualaikum.


Hai. #talk less , more action#


Nak cakap pasal sia sia. Ya! ada banyak kategori sia sia tapi aku nak cakap yang mana aku rasa sia sia buat diri aku. Rasa tak berguna pulak =___=




1.Belajar Tidak Amanah
Parents kita mesti bangga kan dapat tengok anak anak dia orang masuk Universiti, belajar pandai pandai , jauh jauh, tapi pernah tak terfikir, yang kita sebagai anak anak ni memegang tanggungjawab dan amanah yang berat daripada parents kita. Untuk apa ? Untuk kita belajar bersungguh and beri dia orang kejayaan kita kelak. Tapi kadang kadang aku rasa sia sia je belajar jauh jauh sebab kadang kala amanah ibu bapa tak dipegang and tak dijalankan. Rasa serba yang sangat salah. Means serba salah lah ! adoi. Sebab aku main main kadang kala. Hurm. No comment :(


2.Bercinta
Haha. Bukan aku yang bercinta. Aku nak cerita ni sebab dengar dari orang orang lah kan. Hurm. Pada aku bercinta masa zaman sekarang ni macam sia sia sikit. Bukan completely sia sia. Cuma, membuang masa lah. Lol. Sebab, kita bukan tahu pon hati budi seseorang tu masa sekarang ni. Kita ada masa ke nak memikirkan hati budi bf/gf kita masa umur kita yang sepatut nya menunaikan tanggungjawab dan amanah kita kepada ibu bapa ? #refer to number one# So , pandai pandai lah fikir sendiri kan, sebab dia orang tu tak mungkin akan stick dengan kita, mungkin dia orang akan berubah hati. Daripada hati kita terluka one day, lepas tu , pelajaran terganggu, better if kita focus pada satu benda jeh. Tanggungjawab kita. Tapi kalau dah memang niat hati nak sangat couple #kononnya tak boleh hidup sendirian# , tak perlu lah nak serah kan seluruh jiwa dan raga pada pasangan ya. Fikir lah ibu bapa and fikir lah masa depan. No comment :)


3.Sahabat
Bukan aku sengaja nak letak pada nombor tiga tentang sahabat nih. Hehe. Macam ni. Simple jeh. Pada aku, bestfriend sangat penting after my family and what not. Bestfriend lah tempat aku mengadu after Allah and family. Tempat aku berkongsi bahagia, duka. Ceh ! Haha. Macam ni, aku ada rasa sedikit sia dan sia apabila menyanyangi sahabat kita yang macam tak pernah nak appreciate kita. Mungkin dia tak perasan cara kita appreciate and sayang dia orang. Mungkin dia tak sengaja buat kita macam ni. Tapi sekali sekala tolong lah sedar perasaan kita. Kita sayang, sanggup buat apa apa tapi buat kita macam ni. Tapi nak buat macam mana kan. Macam sia sia. No comment :'(
#Rindu kawankaribkaribku Fadzli , Gee (baru je call) , Azfar and Ara#


Itu je untuk hari ini. Assalamualaikum :)