Thursday, November 3, 2011

Nikmatnya Merokok (?)

Assalamualaikum J

Okay tengok tajuk post aku tu tengok! Nikmat nya merokok J Kan? Okay aku taktahu. Haha. Jangan salah faham. Aku nak cerita sikit je pasal merokok ni. Aku ada jugak tanya kawan kawan, apa yang best nya merokok? So diaorang ada jawab yang merokok ni feel gila. Try lah se-pam dua ke kan, confirm nak lagi. Okay itu apa diaorang cakap eh. Aku tak rasa pon yang kalau try sekali dua boleh nak lagi. Bayangkan lah asap yang masuk kat dalam mulut kita. Lepas tu rasa macam makan habuk pon ada agaknya. E! Geli. Ceh macam pernah rasa je kan aku ni. Haha soalan tidak akan dijawab.



So,supaya aku tak akan membebel panjang, aku nak bagitahu lah. Walaupun aku rasa kauorang semua sendiri tahu apa aku nak cakap. Yang dalam rokok tu ada macam macam kandungan kan? And semuanya kandungan yang tak menyihatkan dan mampu membunuh secara senyap senyap. Ada nikotin, tar, toilet cleaner, candle wax dan segala macam jenis racun lah bagi aku. Maknanya if someone sedut rokok tu sekali je dah cukup banyak jumlah nikotin tar and etc yang dia sedut. Sedap sangat ke toilet cleaner? See? Bahaya ke tak kauorang rasa? Kalau dia beli sekotak yang ada 20 batang and harga mencecah RM 10. Ehem ehem. Kalau yang sehari sedut sampai sekotak kau bayangkan berapa banyak jumlah racun racun kotor yang dia sedut? Euww. Lepas tu kiralah berapa tahun dah dia smoke? Ditambah pula dengan pembaziran yang aku kira. Sehari sekotak, sebulan 30 kotak, setahun 360 kotak and jumlah pembaziran ialah tak banyak lah sangat kepala kau cuma RM108000 je? Ouh membazir sangat sangat. Cuba kau kira balik kalau sehari 3kotak? Ada tauu orang macam ni!!

Perkara ni pernah aku bahaskan dengan budak yang merokok and dia bidas aku balik dia cakap cuba bayangkan sehari topup RM10 setahun pon sama je membazir. Tapi betapa lembapnya otak dia so aku bidas balik. Kauorang setuju tak kalau aku cakap jumlah pembaziran yang sama ni memberikan impacts yang berbeza and pembaziran rokok lebih tinggi nisbahnya daripada topup. Sebab at least topup ada kebaikannya. Kau boleh call mak bapak, guna time urgent ke nak call someone. Habis kalau ada kemalangan kat tepi jalan or kau ada nampak orang mati kena bunuh kat lorong gelap mesti kau boleh guna telefon untuk call ambulans ke polis ke kan. Lain lah kalau smokers ni tak berperikemanusiaan and pentingkan diri kan. Aku nak tanya, rokok kau tu boleh ke panggil polis dengan ambulance datang kalau kau dalam keadaan macam tu? Ada ke? Ada? Tak kan? Okay aku menang J

Stop kat situ. Aku cuma nak cakap yang rokok ini membahayakan kesihatan and mampu membunuh. Ini ialah fakta bukan auta. Kau tak percaya kau punya pasal sebab tu hak kau untuk mati sorang-II (maaf biadap). Ouh cakap pasal mati ni, ada benda yang membuatkan aku geram. Iaitu sikap sang perokok perokok handalan. Dalam bahasa kasar yang aku selalu membebel dalam hati ialah

 “kau kalau nak smoke, dah tahu boleh bawa mati, kau mati jelah sorang-II, tak payah lah kau nak smoke kat public lepas tu nak ajak orang ramai mati dengan kau! Mati sorang-II dah lah”

Okay itu bahasa  kasar yang tak mampu nak terucap sebab mostly orang yang terdekat dengan aku pon hisap rokok. Takkan aku nak cakap macam tu kat ayah aku? Tak lah wehh! Cuma aku geram lah. Diaorang tak pernah fikir ke perasaan orang lain yang tak hisap rokok ? kalau orang tu ada semput ke sesak nafas ke kan susah. Dah tu hisap rokok kat public nak tunjuk yang dia ada magic boleh keluarkan asap dari mulut. Kau tahu lah kalau kita pergi mana-II kan ramai hisap rokok. Berapa banyak kepulan asap terhasil? Kang dah masuk bab pencemaran alam aku malas nak cerita panjang.  Alahai. Benci nya! Bukan sahaja yang kat public. Ada jugak jenis orang yang dah tahu dia sorang je hisap rokok, lepas tu nak menyusahkan hidup orang yang tak hisap rokok. Aku ni sesak dada kadang-II tau. Mengenangkan semua orang ada hak masing-II aku diam je. Aku malas nak bersuara banyak.

Okay, aku kalau bebel panjang macam ni bukan kauorang reti sedar pon sebab kauorang still akan melekatkan batangan batangan rokok itu di bibir hitam kauorang. Hisap lah banyak-II sebab aku malas nak cerita panjang. Betul kauorang akan susah nak berhenti. Kang kalau nak berhenti demam sana sini(*nanti aku cerita kat bawah). Hidup tak menentu sebab konon nya rokok ni mampu bagi tenaga kan? Tenaga atuk kau lah! So aku cuma nak minta tolong secara baik je dari kauorang warga warga peng-hisap rokok. Jangan lah menyusahkan hidup orang lain yang tak hisap rokok. Kalau kauorang nak hisap rokok, kauorang bawa lah sekali botol kosong ke, plastik kosong ke kan. Lepas kauorang hisap, hembuskan elok –II kat dalam bekas yang kauorang bawa tu. Nanti balik rumah buang bekas tu. Idea yang menarik kan? Kalau kauorang cakap membazir nak bawa botol baru setiap hari, fikirlah dulu berapa banyak kau membazir dengan rokok tu okay J

Ouh nasib baik shisha tu tak boleh dibawa sambil bawa motor ke kan, kalau tak mesti ramai hisap shisha. Lagi pening kepala aku. Walaupun rasa dia sedap kan, bau pon sedap tapi lagi bahaya dari rokok lah nok! Haha. Ceh macam pernah rasa je aku ni kan? Okay soalan tak akan dijawab. Bye.

* Yang aku nak cerita pasal demam sana sini lah. Memang betul wehh susah nak berhenti rokok. Bukan aku lah! Junior aku masa kat sekolah dulu, selalu sangat tak datang sekolah sebab demam lah. Muka tak bermaya je selalu. Last-II dia mengaku dekat aku di koridor dorm senyap-II. Dia cakap dia dah start smoke kat hostel and dia nak cakap kat aku dulu before senior lain yang cerita kat aku. Yelah takut aku marah. Aku kan senior katil dia. Haha aku redha je, janji nak berhenti tapi sampai sekarang tak boleh L

#aku dah pesan anak saudara aku, kalau dia hisap rokok dah besar nanti, aku belanja dia makan. Makan nasi digaul dengan 10 batang rokok yang hancurhancur berkuahkan habuk rokok bapak aku. Kalau tersedak aku bagi dia minum air tembakau#