Friday, November 25, 2011

Post Dari Hati

Assalamualaikum :)


Kali ini aku nak buat post yang tertulis lama dalam hati aku :) Terdetik hati aku untuk menulis tentang ni apabila aku ada terbaca one status from Facebook :


"it's not really hurt when you lose your bf/gf, but when you lose you bestfriend, it hurts really bad"


Betul kan statement diaaaa? So trueeee right?? Do you guys love your Bestfriends?? Of course you do (:
Aku taktahu apa nak cakap sebenarnya. Sebab bila ada something yang kau pendam kat dalam hati ni, for sure, kalau kauorang nak luahkan dan curahkan perasaan tu dalam perkataan adalah satu kemustahilan. Ceh ayat pelik keluar. Hehe. Oleh itu now, which is today, aku akan cuba korek korek korek dan keluarkan supaya perasaan tu boleh jadi coretan. At least lega hati ni, hilang beban dalam hati.


Setiap sesuatu perkara yang berlaku ni melibatkan hati dan perasaan. Cuma kita sahaja yang sedar atau pun tidak sedar akan hubungkait ini. For instance, when you go to a kiosk let say, then you ask the makcik how much is the kuih, the jajan and what not. Let say for an hour you ask the makcik macam macam, and lastly you buy nothing. What do you think about the makcik's feeling?? This is a simple example yang aku rasa agak logik lah. Macam bagi harapan kat makcik tu, padahal kau tak sedar pon sebab bila kau dah tanya tanya kau ternampak kiosk lagi satu (kat puncak alam banyak kiosk). Kecil hati makcik tu. Aku rasa lah macam tu. Haha.


But now, I'm not gonna write about makcik's feeling lah. Aku nak cerita sikit kesan yang aku rasa daripada sikap kecil hati yang dialami selama ini. Oleh siapa? Siapa jelah yang kau suka. And mesti kauorang ada rasa juga and maybe you're in the same situation, cuma tak boleh nak luah kan semua. But now I'm ready! Haha. Tahu tak apa dia perasaan yang terpendam sebab menjaga hati orang lain ? Pernah rasa? pernah alami? Atau you're one of the person yang tak perasan pon kauorang mengecilkan hati kawan kauorang?


Kadang kadang kan, benda yang mengaitkan hati dan perasaan ni boleh bawa pada keburukan. Contoh nya macam akan kehilangan kawan, or NYARIS NYARIS hilang kawan. Ini je yang aku nak cerita. Kauorang pernah tahu ke macam mana rasanya sakit hati ini kalau kauorang mengalami perubahan? Pernah? Kalau pernah baguslah, kita sama. Contoh nya, dulu kau jenis yang suka sakitkan hati orang and gembira bila tengok orang sakit hati dengan kau? Dulu aku suka beb macam tu. Suka orang benci aku. But bayangkan if now tiba tiba kau berubah jadi orang yang sangat sabar bila disakitkan hati or dikecilkan hati, sebab kau ada bestfriends and nak jaga hati kawan kauorang. And orang yang kecilkan hati kita tu tak perasan pon. Aku rasa sakit beb. Tapi biasalah, what goes around comes around kannn ? So I have to face it no matter what!


Tak kisah lah pasal perubahan tu. Aku ni nak bercerita ikut sedap je, sebab malas nak ikut point point kann. hehe. And now aku nak cakap pula pasal perasaan kecil hati yang kau pendam terhadap seseorang. Kau tahu tak rasa nya, bila kau pendam kan rasa kecil hati tu sebab sesuatu dan macam macam lagi? Tahu rasa nya macam mana? Sakit bro aku cakap. Sangat sakit and kau tahu, sampai kan nyaris nyaris aku tak pernah kisah pon orang tu text aku ke tak or aku tak pernah kisah or teringin nak chat kat Facebook bila aku nampak dia online. Sampai macam tu sekali effect pada diri aku bila aku pendam perasaan kecil hati. Mujur lah tak sampai ke dendam. Takde motif pon nak dendam.


Next seterusnya, apa kau rasa bila orang yang buat kau kecil hati tu, text and minta maaf? Tiba tiba tau. And kau tahu apa aku rasa masa tu? Aku rasa aku dah kembali macam dulu. Aku tak kisah pon perasaan orang. Tapi alhamdulillah tak lah. Walaupun awal tu aku baca dalam keadaan takde perasaan, tapi lastly hati aku lembut balik. Sebab aku sayang kawan aku. Siapa tak sayang kawan? Tak kisah lah kawan aku sayang aku ke tak. Tapi aku sayang diaorang. Nasib baik ada perasaan sayang yang boleh lembut kan hati aku balik. Aku kalau tak , susah nak maaf kan orang. Sebab aku tak mudah maaf kan orang. Memang lah ada yang cakap, sedangkan nabi ampunkan umat. Aku bukan nabi tau. Itu je aku nak cakap. 


Mungkin takde motif apa yang aku bebel panjang panjang ni, kesian siapa yang baca, penat je. Sorry. Tapi siapa je yang baca kan? Haha. So, motif aku nak cakap ialah,
1. Aku ni mudah kecil hati.
2. Suka pendam perasaan kecil hati aku.
3. Tak mudah maafkan orang.
4. I love my Bestfriends and Friends (:


So aku akan tetap dan cuba menjaga hati kawan baik aku sebaik mungkin. Aku taknak ada yang kecil hati disebabkan aku sebab aku sayang kauorang and sebab nya aku tak nak hilang bestfriends aku. Macam yang dalam status yang aku baca tu. It hurts really bad :(


So, bye :)