Friday, December 23, 2011

Hubungan Kita :)

Assalamualaikum :)


Dalam kedinginan aku menanti bus Cepat Ekspres ke Johor Bharu, mindaku terhenti seketika, melihat pasangan kekasih yang bahagia berjalan dibawah lindungan payung berwarna pink pink jambu. Hati ku terdetik, comelnya lah sangat!  Pasangan yang bahagia, namun ada sesuatu yang menganggu minda aku sekali lagi iaitu, si jejaka sangatlah muda, tapi si wanita agak berumur. Baru lah aku terfikir sesuatu, nak bercinta tak semestinya ditentukan oleh usia. Setiap hubungan tu kalau direstui InsyaAllah membawa bahagia.


Kenapa aku tiba tiba rasa nak bercerita pasal benda ni ek ? Kenapa? Sebab aku teringat sebelum sebelum ni kawan aku selalu tanya , betul ke kalau dia nak couple dengan mamat/minah tu? Confirm ke boleh happy? Macam macam persoalan yang timbul. So sekarang aku nak cerita pasal hubungan. Cerita ni boleh jadi cerita umum, tak semestinya hubungan pasangan kekasih je. Hubungan dalam persahabatan boleh, and macam macam hubungan yang kauorang nak pon boleh. Tapi hubungan sulit tak boleh. Hehe.


Dalam setiap relationship yang kita nak cipta, sebenarnya bukan mudah untuk dicipta. Bukan nya petik jari je dah tercipta relationship tu. Dalam setiap relationship pasti ada elemen elemen yang penting untuk kita ambil tahu. Sebab elemen elemen itu lah yang menentukan sejauh mana hubungan yang kita nak tu boleh pergi. Adakah berjaya? Atau pun sia sia? Jadi di pengakhirannya tiada lah yang sengsara kalau hubungan yang diharapkan tak menjadi. Antara elemen yang penting ni ialah Jujur , Ikhlas , dan Percaya(Amanah). Aku nak bercakap ni berdasarkan pengalaman lah, bukan nya main sembur je. Baru sekarang aku yakin nak cakap sebab baru terdengar dari seorang pakar motivasi, and aku pon tak sangka apa yang aku fikir selama ni betul. Haha.


1. JUJUR. Kejujuran sangat sangat penting. Sebab sifat jujur ini yang menunjukkan peribadi seseorang itu. Kita kalau nak berpasangan, mestilah ada sifat jujur dalam diri kita. perlu jujur sesama pasangan. Maknanya tiada lah unsur tipu tipu, dusta dusti, haha. Jika seseorang itu jujur, maka dia tidak mudah untuk dicurigai, dan dia sangat mudah untuk didekati :) Faham? So dalam berpasangan pula, jika ada sifat jujur ni dalam diri masing masing, maka kedua dua pihak tidak akan sesekali terluka mahupun rasa diri itu ditipu. Apabila kita jujur sesama sendiri, tiada apa lagi yang akan menjadi rahsia sebab kadangkala rahsia ni mampu mem-porak perandakan sesebuah hubungan.


2. IKHLAS. Apabila kita jujur pada seseorang, sama lah ertinya kita ikhlas berkawan dengan nya, ataupun bercinta dengan nya. Senang cerita ikhlaskan sesebuah perhubungan itu. Sebab, orang yang ikhlas ini lebih diredhai kehidupan nya. maka, sekiranya kita ikhlas dalam sesebuah perhubungan, maka ALLAH akan meredhai hubungan tersebut. Ikhlas lah dalam any relationship dan berhubungan lah kerana Allah, supaya hubungan itu sentiasa berada di jalan yang benar :)


3. PERCAYA. Percaya ataupun amanah. Kepercayaan sangat penting dalam hidup. Kannnnnn? Samalah juga dalam setiap hubungan. Mesti ada kepercayaan kerana ia yang mengukuhkan tali ikatan dalam hubungan tersebut. Bila kedua dua pihak saling mempercayai, adakah akan timbul perselisihan faham? tidak mungkin sayang sayang sekalian. Kerana percaya itulah kunci kepada kebahagian kita. Kepercayaan melatih kita untuk menjadi berani dalam perhubungan. Ingat tu.


So konklusi saya ialah, sekiranya kita ikhlas, jujur dan mempunyai kepercayaan yang tinggi dalam perhubungan, InsyaAllah hubungan itu akan berjaya dan temui kebahagiaan. Tetapi, semua ini perlu lah diterapkan kedua dua pihak. Kalau sebelah pihak sahaja, mmm, faham faham lah. Kalau pokok tinggi hidup tak bertunjang, macam mana nak teguh? Okay mesti tak faham kan? Ok  bye :)


Aku tahu aku cakap ni pon takde lah betul mana. Ini pendapat je :)