Tuesday, February 7, 2012

Pendapat saya Pendapat awak

Hello :)
Assalamualaikum :)
Rindu rasa dihati, nak menaip ringankan jari, bagi pendapat dan inspirasi :)
Takdela inspirasi mana pon, perasan je lebih aku ni, padahal tak ramai pon baca blog aku ni. Haha.

Fine, dah lama terlintas kat hati ni, nak berbicara sedikit,memujuk hati,mengadu kat blog. Haaaa ambik kau ayat berbelit :P Takpe takpe. Akhirnya dapat juga aku nak menaip meluahkan isi hati kann. Saja je nak bagi pendapat bagi orang lain tau :) Cerita pasal pendapat pendapat ni lah. Kadang kadang hati ni rasa nak pecah je melihat perangai manusia di luar sana. Sebelum itu aku nak mengaku la aku ni takdelah sesempurna orang lain. Cuma kadang kadang aku ni suka memerhati sikap orang. Sikap aku? Kaorang nilailah, aku akan cuba jadi yang terbaik and perbaiki diri ini. Hehe.

Berkenaan dengan perkataan 'PENDAPAT' ini, aku yakin semua orang tahu, setiap orang ada hak untuk bersuara dan memberi pendapat masing masing. Tidak dinafikan semua itu. Cuma sama ada pendapat itu pendapat yang bernas mahupun tidak kita ketepikan je dahulu. Sekarang kita nak bercerita tentang hak memberi pendapat. Bagus kalau dapat jumpa orang yang suka bagi pendapat ni. Sebab bukan senang nak dapat pendapat dari orang lain. Yelah, kadang kadang kita pon habis idea kann, so some fresh ideas are needed. Thanks la pada mereka yang suka bagi idea ni. hehe. Itu lah, ada baik dan buruknya. Yang baik itu kita simpan elok elok, yang buruk ni yang kita patut cuba buang jauh jauh. Eeee aku penggal kang kepala kau! Okay lari topic. Hehe.

Apa yang buruknya ni? Apa? Macam bagus je aku nak cerita pasal buruk buruk orang lain ni. Haha. Sorry lah, aku pon ada buruknya. Haha. Okay, apa yang buruk itu aku taktahu lah banyak mana, cuma ini satu benda or habit or perangai or kebiasaan yang dilihat pada sesetengah individu yang pernah aku jumpa or deal with. Jengjengjeng* Sikap suka bagi pendapat mereka sangat bagus, tetapi ada sesuatu yang sepatutnya diaorang reflect iaitu menerima pendapat orang lain. Pendekkan tulisan, diaorang suka bagi pendapat, tapi pendapat orang lain ditolak sewenang wenang nya dan mereka akan pastikan pendapat mereka yang terbetul dan terbaik. Haaaa ambik kau. Ini bukan pendekkann tulisan.. Haha.

Cuba ingat balik kawan kawan, zaman sekolah dulu ke, kat mana mana ke, time kena buat grouping ke, time ada leader ke. Perasan tak yang there will be one or two makhluk yang akan ada perangai macam ni? Perasan? Foineeee! Kesian takde orang layan aku.

Hmm. Kepada sesiapa yang respon tu terima kasih. Terharu sangat. Haha. Nak kata confirm ada tu taktahu lah, terserah pada kauorang lah ye. Bagi aku, memang akan ada. Perangai macam tu kann, sigh, susah nak cakap lah. Kadang kadang diaorang ni nak dia je yang betul. Tension kepala memikirkan. Bukannya apa. Kadang kadang orang lain nak juga bagi pendapat.

--> Macam ni lah, malas nak panjangkan cerita. Okay contohlah anda sebagai seorang ketua dalam satu group ni. Kalau ada slot yang memerlukan aktiviti berkumpulan kann, kerah idea sana sini, first thing is minta pendapat semua ahli, even ahli kau pasif macam faeces sekali pon, kau kena libatkan setiap ahli. Sebab kita sebagai ketua tak boleh lah nak guna kuasa kita supaya pendapat kita saja yang diterima. Sebenarnya, dari idea idea ahli kita pon, kita boleh olah sana sini, jadi idea kumpulan yang baru. Jangan lah ahli bagi idea terus dipangkah and say NO! Kadang kadang pon, idea kita ni limited, kadang kadang juga, idea kawan kawan kita ni out of the box. Pengalaman aku sebagai orang bawahan ni kann, kalau ketua tak endahkan ahli punya idea, mula lah ada aktiviti mengumpat kat belakang tabir. Haha. Bila dah start macam tu, mula lah si ahli tak nak bagi komitmen as a group, lepas tu nanti ketua fikir asyik dia je yang bagi idea and buat kerja. So lain kali fikir dulu kenapa semua tu terjadi.

And tolonglah, kerjasama tu penting. And jangan selalu fikir  diri kita sahaja yang betul sepanjang masa. Kadang kadang kita pon ada salah silapnya. Sebab tu pendapat orang lain pon penting juga. Macam kau! Tolong lah jangan fikir kau je betul setiap masa. Siap nak tunjuk tunjuk bukti. Aku lempang kang. Benda yang sama je bengong. Bak kata orang, kalau nak pergi KLCC bukan ada satu jalan je. Kau lalu celah mana pon still sampai KLCC. Faham? tak kan? Foineee! Haha. Takpe coretan untuk diri sendiri :)

Bye :)