Thursday, March 8, 2012

Ukhwah Fillah :)


Assalamualaikum :)





Hari ni ayat sopan sedikit :)
Satu.
Saya memang sayang kawan kawan yang saya sayang tak kisah lelaki atau perempuan.

Dua.
Sebab bagi saya itu semua ukhwah fillah. Apa itu Ukhwah Fillah? 

Saya define kan as sebuah hubungan istimewa yang terjalin antara jiwa jiwa manusia yang luhur, untuk saling mencintai kerana Allah dan juga saling membenci juga kerana Allah :)

Maksudnya apa?

Mudah.
"Kamu menyayangi saudaramu kerana Allah mencintainya dan membenci dia sekiranya saat dan tika itu dia sedang dibenci oleh Allah."


Bukan lah benci itu means membenci dia kerana dia adalah dia. Tapi, membenci dia kerana maksiat yang dia lakukan :) So takdelah kauorang salah faham apa yang saya cuba sampaikan :)

So apa saya nak cakap ni memang jujur. Ada orang bebel bebel bebel kata macam macam kat saya. Cehh macam nak mengadu pulak. Saya nak cakap ni je. Saya tak kisah apa orang nak cakap  pasal saya. Saya ni homo ke gayboy ke gedik ke apa kejadahnya pon. It's up to you ye sayang :)

Saya sayang keluarga saya itu yang pertama selepas Allah dan Rasul :)

Saya sayang rakan rakan yang selalu dengan saya juga :)

Dan bila saya cakap saya sayang perempuan awak tuduh saya perasan dan sebagainya.
Dan bila saya cakap saya sayang lelaki awak tuduh saya gay dan sebagainya.
Tidak perlulah cemburu dengan kasih sayang yang orang ingin sebarkan.

Kurang kasih sayang ke?

Ingat. 
"Padah bakal menanti kaum muslimin yang tidak memahami konsep dan prinsip ukhwah kerana nanti dia akan jadi ejen perosak!  Dialah orangnya yang akan menjatuhkan semangat saudaranya! Dan dia jugalah yang akan memandulkan impian saudaranya!"


Jadi sejujurnya, sekiranya saya menyatakan rasa sayang saya kepada kawan karib saya seperti Azfar, Husna, Fadzli, Hazirah dan juga rakan rakan saya yang lain,jangan lah cuba memandang serong akan niat saya.

Apa yang saya cari ialah ukhwah fillah. Dan saya tidak mahu mengumpul ego dalam diri seperti kalian kalian semua :) 

Yang saya tahu,
Kita ialah umat terpilih dan diberikan hidayah islam dalam diri kita. Kita ada saudara. Dan kalau bukan kepada saudara kita, kita mahu sayang, pada siapa lagi? Kerana antara kita sedar atau tidak, saudara kita inilah nanti yang akan menjadi jiran kita di akhirat kelak. Jikla kita tidak menyayangi saudara kita mulai sekarang, bimbang bimbang nanti kita tidak akan bersama mereka. Sebaliknya kita akan berkumpul bersama sama dengan fasikin, munafikin dan kafirin. Padanlah, kerana dahulu kita mengangkat mereka menjadi saudara kita! Nauzubillahi min zaalik.

Saya sayang awak :)