Saturday, January 12, 2013

Menjadi Sahabat Sejati ;)


Assalamualaikum SAHABAT ^^

Menjadi Sahabat Sejati


12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Menurut Imam Ghazali (melalui Kitab Bidayatul Hidayah),

 " Di dalam memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat ."


Melihatkan sangatnya susah untuk mendapatkan SAHABAT di zaman ini walaupun orang itu suka mengaji di masjid merujuk kesemua syarat, maka ada 2 jalan :

1. Tak payah berkawan, mengasingkan diri dari orang ramai (beruzlah) demi keselamatan;
2. Bergaul dengan orang ramai tapi pilih:
      1. Berkawan dengan saudaramu untuk akhirat;
      2. Berkawan dengan saudaramu untuk dunia tapi untuk yang baik;
      3. Berkawan dengan saudaramu untuk kejinakan hatimu supaya tak kena jahatnya.

Manusia terbahagi 3:

1. Orang yang seumpama makanan asasi, tak boleh elak;
2. Orang yang diibarat seumpama ubat – apabila kita perlukan sahaja, lebih mudarat dari kebaikan.
3. Orang yang seumpama penyakit, perlu dihindar. Dibimbangi kena sakit dan berjangkit. Ada manfaatnya iaitu teladan dan sempadan kepada kita.

ADAB itu boleh dipelajari dari orang yang tak beradab, supaya kita tak ikut. Pelajari sifat-sifat buruk supaya kita tak buat agar kita aman dan selamat, masyarakat selamat.

Kesimpulannya,

Dalam memilih sahabat, perhatikanlah sifat mereka. Mereka yang mempunyai ciri-ciri di atas kita pilih sebagai sahabat, tetapi mereka yang tidak memiliki ciri-ciri tersebut kita sekadar kita berbaik dan bertegur sapa sahaja. Adalah lebih baik jika kita mampu menegur kesalahan mereka agar mereka memperbaiki diri dan meninggalkan sifat buruk mereka. Menegur dengan selemah-lemah iman ialah mendoakan mereka supaya mereka menjadi manusia yang baik.

Wallahua’lam


Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah ;)

- Source from semua tempat -